Senin, 01 September 2008

MAsAlaH CiNTA AjA NGgaK BoSeN Ya....!!!



Selain Ucapan I Love U

1: Mengucapkan kata-kata pendukung
Bila anda mengucapkan kata-kata yang isinya memberikan dukungan, maka si dia akan lebih bermotivasi unt
uk melakukan sesuatu yang diinginkan olehnya. Pujian, kata-kata yang membesarkan hati, memberikan semangat, membicarakan hal-hal positif tentang pasangan adalah salah satu bentuk ungkapan atau bahasa cinta pada pasangan.

2: Kebersamaan
Kebersamaan bererti anda dan pasangan melakukan sesuatu bersama dengan pe
rhatian yang terfokus, bahkan mencurahkan seluruh emosi pada kegiatan itu, misalnya; menemani pasangan menonton pertandingan bola sepak dan tidak segan-segan ikut melonjak dan menjerit keriangan ketika pasukan pilihan pasangan menjaringkan gol.

3: Memberi Hadiah
Hadiah adalah simbol visual cinta. Anda boleh memberikan hadiah di hari peringatan ulang tahun percintaan atau ketika pasangan naik pangkat. Kehadiran anda juga suatu bentuk hadiah berharga bagi pasangan.

4: Melayani dengan tulus
Meskipun pasangan tidak pernah menuntut untuk anda memasak satu hidangan istimewa kepadanya tapi anda boleh memberikan kejutan istimewa. Namun lakukanlah secara tulus tanpa merasa dituntut
untuk melayani. Pasangan pasti akan merasakan ketulusan anda sebagai bukti cinta.

5: Kuasa Senyuman
Senyumlah pada pasangan selalu. Kuasa senyuman anda pasti membuatnya terlupa pada masalahnya sebentar di tempat kerja dan mengembalikan keceriaan pada diriny
a.

20 Tips Dalam Percintaan

1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu

4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkann
ya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.

6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tid
ak ada di sampingmu walaupun sesaat.


7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.

9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…


14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

16. Hargailah ‘
privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..

19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya.

Happy Birthday To You!

Bersama Sayang ku

‘HAPPY birthday to you’ adalah lagu yang paling popul

ar di dunia. Ia dinyanyikan sempena hari lahir. Berte

puk tanganlah hadirin, sebaik seles

ai yang diraikan meniupkan lilin. Kembang mengepak hidung peniup lilin, maklumlah ramai yang ingat hari lahirnya.


Kena

pa kita sambut tarikh lahir? Ada banyak sebab dan rahsia tentunya, kalau tidak takkan ia bole

h menjadi sebab bermasam muka apabila tidak diraikan atau tidak dipedulikan tarikh keramat itu.

Seb

ab itulah orang suka buat

kejutan supaya lebih menarik. Moga giliran kita pun dibuat kejutan juga

. Ada ubi ada batas, ada hari patut kamu balas.

Sambutan hari lahir sanga

t pen

ting. Pentingnya bukan kerana majlis hari jadi dengan kuih dan kek tetapi sangat penting kera

na umur semakin meningkat.


Makin meningkat maknanya makin banyak umur. Makin ba

nyak umur ertinya makin kurang umur. Makin kurang umur sama juga dengan erti makin dek

at dengan mati.

Tidak salah bergembira dengan majlis itu teta

pi sepatutnya tarikh itu dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur

bertambah, duit bert

ambah, anak bertambah, semua bertambah tetapi sudahkah amal soleh berta

mbah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau

masih melayang?

Solat

lama-lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) atau belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilan

gsaikan semua? Hutang

dengan Allah, tanggungjawab sebagai suami, isteri, dengan ibu ayah, dengan anak-anak pula

seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam s

erba serbinya?

Di s

ebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa sangat berharganya masa dan kehidupan.


Ada orang kata 'masa itu emas.' Ungkapan ini tidak tepat sebab hilang emas boleh dicari dan diganti tetapi apabila masa yang

hilang tiada galang gantiny

a.

Masa itu adalah kehidupan. Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehid

upannya sendiri.


Hidup tidak berhenti seperti air sungai terus mengalir. Dalam berusaha, jangan berhenti untu

k mencari bekalan dan mengumpul tenaga demi meneruskan perjuangan.


Ora

ng mukmin seperti semut, kata pepatah Arab. Kenapa orang mukmin itu dibandingkan den

gan semut? Semut dalam

bahasa Arab 'an-namlah.' Makna 'an-namlah' ialah bergerak.


Semut akan bergerak saja, tidak pernah tengok semut tertidur. Kita pun mesti bergerak, a

kal berg

erak namanya berfikir, darah mengalir ertinya sihat, mata memandang ertinya mer

enung dan mengkaji, jang

an berhenti.

Telinga mendengar maknanya prihatin dengan diri dan keluarga, anak-anak dan sekit

ar, termasuk juga sekitar antarabangsa dunia Islam.


Hari lahir juga mengajar erti persiapan kepada mati. Mati ini pelik

bagi kita tetapi di sisi Allah tidak pelik.

Kapal terbang dengan gah

di angkasa terbang tiba-tiba berlaku kemalangan hancur berke

cai. Pelik bagaimana ia boleh berlaku tetapi bagi Allah tidak pelik.


Ada orang itu masih remaja, sihat

tetapi tiba-tiba boleh mati. Pelik tetapi bagi Allah biasa saja.

Jadi,

kita yang tidak tahu bila akan mati ketika sambut 'birthday' ketika umur makin susut lebih bersedi

a untuk 'hari esok.'

Tetapi kita buat tidak kisa

h saja pasal mati. Pernah kita de

ngar ada yang kena strok sebab terkejut dengan kebakaran, kalah bola dan sebagainya? Perna

h kita dengar ada orang

yang kena strok kerana teringat dosa yang membawa ke neraka?

Kita s

anggup berjaga malam untuk menonton bola sepak, tetapi pernahkah kita bersengkan

g mata demi berm

unajat kepada Allah?

Setiap malam Mama Teresa
hanya tidur empat jam. Ketik

a ditanya kenapa kurang ti

dur?

Dia menjawab 'setelah mati nanti

yang kita lakukan ialah tidur', walaupun dia bukan seorang Muslimah.


Mengapa kita yang tahu ada alam kubur, neraka syurga, ada timbangan, ada titian sirat, selalu menghiasi mata dengan tidur.


Bukan tidak boleh ketawa

dan gembira ketika menyambut 'birth

day'. Boleh, tetapi jangan sampai terlupa dosa yang sudah kita calari dan kotori.


Marilah kita bergembira dengan umur yang bertambah seiring dengan itu amal

pun turut bertambah supaya bahagia di dunia dan selamat daripada api neraka.


Sela

mat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta!

Cinta di bangku sekolah

Oleh Ferry Potter

Usia masih setahun jagung dan masih bersekolah namun sudah mempunyai keinginan bercinta dan mempunyai teman lelaki.

Lebih menakutkan, ada yang sanggup mengenepikan ke luarga dan mengabaikan persekolahan kerana taksub pada emosi.

Sukar mengagak apa sebenarnya kehendak remaja hari ini terutama yang masih belajar. Meskipun guru mahupun keluarga sudah puas memberi nasihat, gelodak perasaan mengatasi pertimbangan akal.

Menghadapi situasi ini, guru terutama kaunselor berada dalam dilema, antara memikul tanggungjawab dan me mahami kehendak pelajar.

Mereka cuba mengimbangi kedua-duanya supaya tidak dikatakan berat sebelah.

Guru kaunselor di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor, Norlela Abdul Rahman, berkata dia cuba me mahami kehendak sebenar pelajar terutama berkaitan emo si.


Menurutnya, tumbesaran fizikal dan emosi remaja hari ini berbeza selain pengaruh persekitaran luas dan mencabar menjadikan mereka lebih cepat dewasa.

“Pelajar dulu tidak memperoleh maklumat yang cepat, ruang pergaulan terhad serta masih berpegang pada rasa hormat kepada ibu bapa menjadikan emosi atau pergerakan mudah dikawal.

“Sebaliknya, pelajar hari ini memperoleh maklumat di hujung jari, institusi keluarga juga sudah renggang men jadikan mereka lebih matang dan berani menyahut per mainan emosi daripada rakan berlawanan jenis.

“Masalahnya, apabila masyarakat melihat situasi ini, sudah tentu tidak suka manakala guru pula pening kepala sebab pada masa ini, mereka seharusnya menumpukan perhatian pada sekolah bukan teman lelaki,” katanya.

Media massa sering memaparkan tragedi atau permasalahan membabitkan pelajar sekolah yang masih remaja terjebak dalam kemelut percintaan usia muda.


Permainan emosi itu secara tidak langsung menimbulkan polemik di kalangan masyarakat yang menganggapnya pe nyakit sosial yang perlu ditangani segera.

Apatah lagi dengan pelbagai kes seperti bohsia dan rogol yang membuatkan masyarakat tidak menggemari senario itu.

Mengulas mengenai pertikaian isu ketidakfahaman ke hendak golongan muda, Norlela berkata, perasaan tidak puas hati pelajar terhadap guru, ibu bapa atau masyarakat tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, tanggapan pelajar ini ialah mereka dikongkong dan tidak dipercayai selain menganggap emosi bersifat sub jektif serta tidak mampu dikawal.

“Selalunya, itulah anggapan pelajar. Masalahnya kedua-dua pihak melihat konteks itu daripada perspektif berbeza, go longan muda mahukan kebebasan tapi golongan dewasa beranggapan masanya belum sesuai.

“Konflik tercetus dan jika tidak diselesaikan akan me lebarkan jurang perbezaan itu. Jalan penyelesaian ada tapi caranya pula tidak kena seperti salah seorang menunju

kkan kuasa veto menyebabkan penolakan ketara.

“Berdasarkan pengalaman, semakin ditolak, pelajar ini akan menunjukkan pemberontakan dan membina sikap ingin mencuba hingga akhirnya tidak mampu dikawal. Jika sampai tahap ini, sukar mendampingi mereka kecuali jika timbul kesedaran untuk berubah,” katanya.

Ditanya mengenai kaedah sesuai menangani masalah emosi pelajar sekolah, menurutnya, penumpuan aspek asas seperti komunikasi dua hala sangat berkesan.

“Malangnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu mengambil berat atau bercakap dengan anak malah memberi sepatah dua kata nasihat pun susah. Mereka lebih pentingkan aspek ekonomi berbanding keperluan emosi anak.

“Apabila sering diabaikan, sudah tentu mereka mencari orang mengambil berat, contohnya kekasih. Apabila setiap hari berkongsi masalah, emosi boleh berubah sekali gus melalaikan dan lari daripada tujuan asal iaitu belajar.

“Emosi itu khayalan, tapi mereka rasa lega dan gembira. Selepas itu, mula meranca

ng masa depan, melakukan perkara di luar batasan menyebabkan masyarakat tidak dapat terima,” katanya.

Mengenai pelajar bercinta pada usia muda, beliau berkata, perubahan zaman menyebabkan perasaan itu tidak wajar dipersalahkan asal boleh menjuruskan pada landasan po sitif.

“Emosi bersifat subjektif, jadi sukar halang keinginan itu, cuma pelajar perlu diberi bimbingan agar menjuruskan perasaan itu bagi mencerna kecemerlangan. Contohnya, menjadikan matlamat hidup bersama masa depan dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Ibu bapa pula janganlah terlalu mengongkong anak, se baliknya beri panduan apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika belajar. Saya percaya, jika ada kemesraan, jalinan ikatan kekeluargaan erat dan dengan sikap mengambil berat masalah emosi pelajar boleh diatasi,” katanya.

Tidak ada komentar: